Cara Pembayaran RM500 Untuk B40 Dan Penerima BPR!




Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu pakej bantuan yang dinamakan sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA).


Antara tujuan Pakej PEMERKASA salah satunya adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang masih melanda negara.


Di sini, kami akan kongsikan maklumat terkini tentang bantuan PEMERKASA yang akan diterima oleh golongan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).


JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DITERIMA

  • Golongan B40 akan menerima bantuan tunai sebanyak RM500
  • Penerima BPR yang berpendapatam RM1,000 ke bawah juga menerima bantuan bayaran sebanyak RM500.

MAKLUMAT BANTUAN RM500

Maklumat mengenai bantuan ini hanya layak diterima oleh mereka yang berumur di antara 21 hingga 60 tahun.


Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.


Individu yang berstatus bankrap, akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara online bagi memudahkan mereka terima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang menguruskan kes mereka.


Bantuan akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang melalui Sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).


TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM500

Setakat ini, tiada spesifik tarikh yang dikongsikan mengenai bayaran ini.


Namun, bayaran dijangkan akan mula dikreditkan bermula bulan Jun 2021.


FAQ!

Perlukah Pemohon Membuat Permohon Semula? Kalau Perlu, Bagaimanakah Caranya?

- Tidak perlu untuk membuat permohonan baru.


Bagaimana Pembayaran Akan Dibuat?

- Bantuan ini akan dikreditkan dan dibayar terus ke akaun penerima selepas pengesahan      kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui Sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).


- Ini bermakna anda boleh membuat semakan status pembayaran apabila tarikh bayaran diumumkan kemudian.


Semoga artikel ini bermanfaat dan memberi kemudahan kepada anda.


Post a Comment

2 Comments