[RASMI] : Cara Memohon Bantuan Baucer SMUE Bernilai RM100 Untuk Warga Emas & Golongan OKU ~ Mohon Sekarang!

 


Adakah anda sudah mendaftarkan ibu bapa anda di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)? Berita baik buat anda kerana melalui program ini ahli SMUE bakal menerima manfaat baucer beli belah yang berjumlah RM100 pada bulan kelahiran mereka pada setiap tahun. Menarik bukan?


Sila ikuti perkongsian yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang skim ini. 


APA ITU SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)?


Untuk pengetahuan anda, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) adalah merupakan salah satu daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Skim ini telah dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasminya telah beroperasi pada 01 Oktober 2008. 


Sebelum ini, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini dikenali sebagai sebuah sistem khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM2,500. Namun begitu, bermula pada 01 Mei 2019 program khairat kematian telah diberhentikan dan digantikan dengan pemberian manfaat semasa hidup untuk semua ahli yang berdaftar di bawah skim ini. 


Ahli SMUE akan menerima baucer beli belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka. Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program 'Jom Shopping SMUE' ini bakal diberikan mengikut kepada bulan kelahiran ahli tersebut.


SYARAT KELAYAKAN


Berikut ini adalah merupakan syarat kelayakan untuk mendapatkan manfaat daripada SMUE: 


Kategori Warga Emas

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 60 tahun dan keatas
  • Pemohon mestilah lahir dan sedang menetap di negeri Selangor ATAU
  • Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01/02/1974 dan sedang menetap di negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan ATAU
  • Pemohon bukan lahir di negeri Selangor dan sedang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada **pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja)
  • Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di negeri Selangor sahaja.

Kategori OKU

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan sedang menetap di negeri Selangor (tiada had umur)
  • Pemohon bukan lahir di negeri Selangor dan sedang bermastautin di negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada **pegawai pengesah di kawasan di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja)
  • Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah negeri Selangor sahaja.

**Jawatan pegawai pengesah yang diizinkan untuk mengesahkan taraf mastauti pemohon adalah seperti yang berikut:

1. Ahli Parlimen / Senator

2. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN

3. Penghulu / Ketua Kampung

4. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

5. Pengerusi Taman Perumahan

6. Nazir Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja


CARA MENDAFTAR SMUE


Berikut adalah merupakan panduan mengisi borang permohonan SMUE:

  1. Terbuka kepada warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas dan OKU. (Tertakluk pada syarat-syarat kelayakan permohonan SMUE)
  2. Permohonan adalah PERCUMA dan borang permohonan boleh didapatkan di seluruh pejabat Pusat Khdimat DUN di negeri Selangor
  3. Pendaftaran adalah mengikut pada alamat tempat tinggal seperti yang dinyatakan di dalam MyKad pemohon sahaja. (Tertakluk kepada alamat di kawasan negeri Selangor sahaja)
  4. Pemohon yang lahir di negeri Selangor tetapi menetap di luar negeri Selangor TIDAK LAYAK untuk didaftarkan sebagai Ahli dan menerima sebarang manfaat di bawah skim ini. 

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN


1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.

2. Salinan kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).

3. Bagi pemohon yang tinggal dalam sebuah pertubuhan / rumah kebajikan, berikut adalah merupakan dokumen tambahan yang diperlukan:

  • Salinan dokumen pendaftaran pertubuhan
  • Surat kuasa daripada pemohon memberi kebenaran kepada pertubuhan mewakili bagi pihak pemohon dalam urusan berkaitan manfaat dalam program ini
  • Perlu hantar borang permohonan di pejabat YAWAS dan disahkan oleh pegawai YAWAS dengan merujuk kepada dokumen sebenar

SEMAKAN AHLI


Untuk pengetahuan anda, jika anda pernah mendaftar atau pernah mendaftarkan ibu bapa anda di bawah skim ini, sila lakukan semakan terlebih dahulu dengan memasukkan nombor kad pengenalan melalui Sistem SMUE di SINI.


Oleh yang demikian, kepada mana-mana warga emas atau OKU yang menepati segala syarat permohonan SMUE dan masih belum mendaftar hendaklah segera berbuat demikian di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat bagi melayakkan mereka untuk menerima manfaat daripada skim ini.


MAKLUMAT LANJUT


Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang http://e-mesra.yawas.my/index.php atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800


Atau boleh terus email di sini : pertanyaan.yawas@gmail.com 


Alamat : Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.

Post a Comment

0 Comments