Jawatan Kosong PTPTN Oktober 2024 ~ Mohon Sekarang!
Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:
Nama Syarikat/Jabatan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Tempat: Malaysia
Tentang PTPTN:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuatkuasa pada 01 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada tarikh 01 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Jawatan Yang Ditawarkan PTPTN:
- EKSEKUTIF OPERASI (EO)
Tarikh Tutup Permohonan PTPTN:
- 08 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
Syarat Kelayakan Jawatan PTPTN:
Individu yang mempunyai kelayakan dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Oktober 2024.
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
Keutamaan Kepada Calon:
- Berkelulusan dan berpengalaman tinggi dalam bidang pemasaran;
- Perwatakan yang menarik;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Boleh bertutur di dalam pelbagai bahasa;
- Mempunyai kemahiran dalam sesi berunding dan memujuk;
- Berkebolehan dalam menganalisis dengan baik;
- Mempunyai lesen memandu dan juga kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
- Sanggup bekerja mengikut shift ditetapkan dan bekerja pada hujung minggu serta kerja pada lebih masa selepas waktu pejabat; dan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang telah pun mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)
Cara Memohon Jawatan PTPTN:
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments