Fasa Kemaskini UPUOnline Sesi 2024/2025

Selepas pengumuman keputusan SPM 2023 pada 27 Mei 2024 lalu, pemohon boleh mula mengemaskini program pengajian yang LAYAK dan BERSESUAIAN dengan keputusan yang diterima.


Tarikh Kemaskini UPU Sesi 2024/2025

Kemaskini dibuka bermula 01 Jun 2024 (12.00 tengah hari) sehingga 09 Jun 2024 (5.00 petang)

Fasa Kemaskini UPU:

Fasa 1:

  • Bagi pemohon yang telah mengisi permohonan pada fasa 1, tapisan automatik program pengajian telah dilakukan mengikut keputusan SPM sebenar calon yang diperoleh baru-baru ini.
  • Ini bermakna hanya program pengajian yang Layak dimohon sahaja terpapar pada pilihan program.
  • Tapisan ini disediakan kepada calon dalam Kategori A sahaja itu calon SPM 2023 (Tahun Semasa)

Fasa 2:

  • Bagi pemohon yang mengisi permohonan pada fasa 2, tiada tapisan automatik seperti di fasa 1.
  • Oleh itu, pemohon dalam kategori ini perlu membuat SEMAKAN SYARAT KHAS program pengajian di e-panduan (https://online.mohe.gov.my/epanduan/) sebelum membuat pilihan mana-mana program.
  • Ini untuk memastikan keputusan SPM pemohon layak untuk memohon program yang dimahukan.
Imej: Laman Rasmi UPU


Cara Kemaskini UPUOnline

 Berikut Langkah Pengemaskinian UPU:

  • Pemohon boleh melakukan pengemaskinian melalui laman rasmi https://upu.mohe.gov.my/
  • Pilih bahagian 'UPUOnline'
  • Kemudian Log Masuk seperti biasa
  • Pilih bahagian kemaskini pilihan program 
  • Kemudian kemaskini program
  • Setelah selesai, klik butang 'sah' dan 'hantar'
Imej: Laman Log Masuk UPU

Kelayakan Memohon UPU Sesi 2024/2025

1) Lepasan SPM/Setaraf

Pelajar daripada kategori lepasan SPM/Setaraf layak membuat permohonan UPU bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan kecenderungan minat seseorang. 

Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi / Diploma di UA / Politeknik dan Sijil / Diploma di Koleh Komuniti dan ILKA. kategori layak memohon adalah seperti berikut:
  • SPM tahun semasa (Kategori A)
  • SPM bukan tahun semasa seperti tahun sebelum semasa (Kategori B)

2) Lepasan STPM/Setaraf

Bagi kategori pemohon lepasan STPM/setaraf, yang layak memohon adalah seperti berikut:

1) STPM - (Kategori A, S) Pemohon menggunakan STPM tahun semasa sahaja:
  • Kategori A: Aliran Sastera
  • Kategori S: Aliran Sains

2) Matrikulasi - (Kategori N. P, U, L, K, J) . Pelajar Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM tahun semasa seperti agihan berikut:
  • Kategori N: Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
  • Kategori P: Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U: Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L: Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K: Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J: Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

3) Diploma / Setaraf - (Kategori G, E, F)
  • Kategori G: Diploma Universiti Awam (UA) / Diploma Politeknik
  • Kategori E: DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Luar Negara / Lain – lain kelayakan
  • Kategori F: Kelayakan Setaraf seperti A-level / IBD / Sekolah Sukan / STPM (bukan tahun semasa), Matrikulasi KPM (bukan tahun semasa), STAM (2 tahun sebelum tahun semasa), AUSMAT / SAM / ADFP / Foundation IPTS

4) STAM - (Kategori T)
  • Kategori T: Pelajar lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja
Nota: Bagi mereka dari Lepasan ASASI & DIPLOMA IPTS, pemilihan dan pengambilan adalah tertakluk sepenuhnya dibawah Senat Universiti.

Maklumat Lanjut UPUOnline

Imej: Maklumat Lanjut Berkaitan UPU

Selamat Memohon dan Semoga Berjaya!


SALAMKERJAYA.COM




Post a Comment

0 Comments