Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2024 ~ Gaji Bermula RM2,080.00

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Tentang MQA:

Latar Belakang

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ditubuhkan pada 01 November 2007 sebagai entiti baharu dengan menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (QAD) yang diluluskan kerajaan pada 21 Disember 2005.

MQA bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pendidikan bagi sektor awam dan swasta.

Peranan Utama

Peranan yang dijalankan MQA adalah melaksanakan Rangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF) sebagai asas jaminan kualiti pendidikan tinggi dan rujukan bagi piawaian kelayakan kebangsaan. 

MQA bertanggungjawab memantau dan menyelia amalan jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Fungsi

  • Untuk melaksana MQF sebagai titik rujukan bagi kelayakan Malaysia
  • Untuk membangunkan piawaian dan kredit semua yang berkaitan sebagai rujukan nasional
  • Untuk menjamin institusi dan program pengajian tinggi
  • Untuk memberi tauliah kursus yang memenuhi kriteria dan piawaian yang ditetapkan.


Jawatan Yang Ditawarkan:

  • PEGAWAI TADBIR GRED N41
  • PEGAWAI TADBIR SETARA N41
  • PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT SETARA F41
  • PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 15 APRIL 2024 (ISNIN)
Baca Juga:

Syarat Umum Jawatan:

Individu yang mempunyai kelayakan dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) April 2024.

Pemohon yang memiliki kelebihan sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kemas
  • Berpengetahuan am
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain
Kelebihan:
  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit dan lain-lain

Cara Memohon Jawatan:

Sila teliti arahan permohonan di bawah:

  • Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi dibawah.
  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
  • Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.
  • Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
  • Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.
  • Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi: Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-8688 3620/3712. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.
Imej: Keratan Portal Rasmi MQA
  • Log Masuk untuk memohon jawatan
  • Bagi yang belum mempunyai akaun, 'Daftar Akaun' terlebih dahulu sebelum log masuk dan memohon

Portal Rasmi MQA: MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments