Jawatan Kosong Personel MySTEP Di Kementerian Bulan Mac 2024 ~ Mohon Sekarang!
Maklumat Syarikat/Institusi:
Nama Syarikat/Institusi: Kementerian Ekonomi / Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Tentang MySTEP:
Apakah MySTEP?
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) adalah sebuah usaha Kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan dengan jangka masa pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan juga Rakan Strategiknya.
Program MySTEP ini dibuat khusus untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan dengan pelbagai bidang akademik dalam usaha Kerajaan membina lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan/pekerja di Malaysia.
Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP sahaja jumlah penyertaan untuk program ini adalah sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.
Penempatan MySTEP
Terdapat dua saluran pecahan penempatan di bawah program MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLC atau rakan strategik
Program MySTEP mampu mendedahkan graduan tentang struktur kementerian dan mendapat pengalaman yang berguna daripadanya.
Jawatan Yang Ditawarkan:
- PEGAWAI TADBIR (MYSTEP 41)
- PERSONEL MySTEP
Tarikh Tutup Permohonan:
- 11 Mac 2024 (Isnin)
Syarat - Syarat Kelayakan:
Kementerian Ekonomi:
- Berumur tidak kurang dari 24 tahun.
- Lelaki / wanita
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Ekonomi/Statistik/Matematik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Keutamaan diberi kepada calon:
- Mempunyai ciri - ciri kepimpinan, sihat tubuh badan
- Boleh memberi komitmen tinggi dalam bekerja
- Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris
- Berkemahiran dalam Microsoft Excel, Power Point dan Microsoft Word
- Lelaki tidak melebihi umur 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Perniagaan, Pemasaran atau Komunikasi atau Teknologi Makanan/Keselamatan Makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam komunikasi domestik dan antarabangsa. keutamaan kepada yang mahir dalam Bahasa Inggeris, pengurusan latihan serta mampu mengendalikan sistem mesyuarat/konferens atas talian.
- Mempunyai pengetahuan asa perisian penyuntingan grafik, microsoft dan sistem maklumat.
- berperwatakan menarik, tinggi tidak kurang daripada 175cm dan mempunyai berat badan yang ideal.
- Bertanggungjawab, komited, kreatif dan boleh bekerja di dalam pasukan dengan pengawasan yang minimum.
Bidang Tugas (Deskripsi) Jawatan:
- Membantu, merancang, menggubal, mengkaji semula, memantau dan menilai keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pembangunan sosiekonomi negara yang merangkumi aspek pembangunan bumiputera.
- Membantu dalam pengiraan Ekuiti Sektor Korporat pada tahun 2021 dan tahun seterusnya bagi bumiputra.
- Membantu dalam menyediakan data-data Ekuiti Bumiputera untuk pelaksanaan pembangunan ekuiti bumiputera.
- (Rujuk Iklan)
Cara Memohon Jawatan:
Permohonan Jawatan dibuat dengan menghantar resume bergambar dan sijil-sijil berkaitan melalui alamat e-mel kepada pegawai yang bertanggungjawab seperti butiran di bawah:
- En. Bahrul Amin
- 011- 25606737
- bahrul.umar@ekonomi.gov.my
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments