Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Untuk Dikeluarkan : Semak Syarat Kelayakan. Pengeluaran Simpanan KWSP terbahagi kepada dua iaitu melalui Akaun 1 dan Akaun 2.

Hanya Akaun 1 sahaja yang membenarkan pengeluaran secara penuh manakala Akaun 2 hanya meluluskan pengeluaran sebahagian simpanan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

BERUMUR 55 TAHUN – AKAUN 1 KWSP

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55.

Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Baca Juga:

PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh.

Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis

dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

MAKLUMAT LANJUT AKAUN 1 KWSP

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals  

Post a Comment

0 Comments