MGID ads

Pengambilan Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Februari 2024 Kini Dibuka / Mohon Sekarang!


Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Jawatan Kosong dibuka di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) februari ini.

Maklumat Syarikat/Institusi:

Nama Syarikat: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tentang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

LHDN adalah sebuah badan yang bertanggungjawab dalam urusan percukaian di Malaysia. Mengumpul cukai yang terdiri daripada individu dan syarikat selaras dengan undang - undang dan sistem yang sedia ada. Antara misi LHDN adalah memaksimumkan pematuhan sukarela, memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berusaha untuk mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi dalam pengurusannya. 

LHDN juga berperanan penting dalam perkembangan ekonomi negara. Hasil yang diperoleh daripada cukai juga digunakan dalam mendukung program - program terkait ekonomi dan kesejahteraan. Mereka yang berkelayakan dipelawa memohon jawatan kosong yang ditawarkan untuk LHDN terus memenuhi peranannya di Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan:

Gambar 1: Poster Rasmi Jawatan Kosong LHDN 2024
  • EKSEKUTIF HASIL (PENAKSIRAN)

Kelayakan Utama Jawatan:

  • Kelayakan Akademik - Sekurang -kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelulusan staraf dengannya.

Tugas - Tugas Jawatan:

  • Menjalankan tugas pemungutan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Menjalankan operasi pematuhan cukai melalui pelaksanaan audit yang berkesan, menyelaras operasi dan tinjauan ke zon ekonomi.
  • Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan dan pembayaran balik.
  • Melaksanakan tugas pungutan yang merangkumi pengumpulan dan pemulihan cukai, pengembalian dana, panggilan luar dan hal ehwal berkaitan pungutan.
  • Merancang program pendidikan cukai dengan penyediaan bahan pendidikan cukai kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.

Cara Memohon Jawatan:

Permohonan Jawatan dibuat secara atas talian (online). Pemohon yang berminat dikehendaki ke laman rasmi Kerjaya LHDN untuk memohon jawatan.

Gambar 2: Keratan Laman Rasmi Kerjaya LHDN
Klik pada "Daftar / Log Masuk" seperti ditunjuk pada Gambar 2 diatas.

Gambar 3: Bahagian Log Masuk Laman Web
Log Masuk untuk mendaftar jawatan, bagi yang belum mempunyai akaun, klik "Pendaftaran Pengguna" untuk mendaftar jawatan.

Laman Rasmi Permohonan Jawatan : MOHON DISINI
Manual Pengguna: TEKAN DISINI
Syarat-Syarat Jawatan: TEKAN DISINI

Selamat Memohon!

Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.

SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments