MGID ads

Pengambilan Besar - Besaran Jawatan Kosong Institut Jantung Negara (IJN) Kini Dibuka / Tarikh Tutup 13 Mac 2024


Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Besar - Besaran  Jawatan Kosong Institut Jantung Negara (IJN) telah dibuka februari ini sehingga pertengahan bulan Mac 2024. 

Maklumat Syarikat/Institusi:

Nama Syarikat: Institut Jantung Negara (IJN)

Lokasi: 145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tentang Institut Jantung Negara (IJN):

Institut Jantung Negara (IJN) ditubuhkan kerana keperluan kesihatan dimana rawatan kesihatan jantung perlu dikembangkan dari segi kaedah perubatannya di Malaysia. Penyakit Jantung merupakan salah satu penyakit yang amat serius dan boleh membawa risiko maut. Dengan kewujudan institut ini, diharapkan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan berkaitan masalah kesihatan jantung dan menyediakan akses kesihatan yang terbaik buat pesakit.

Selain itu, membuka peluang latihan dan pendidikan kepada golongan profesional dalam bidang kesihatan selain menjadi pusat penyelidikan dalam penyakit berkaitan jantung. IJN merupakan institut yang amat penting kepada negara dan sentiasa membuka ruang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan dan berminat untuk terus membangunkan institut ini di tahap cemerlang.


Jawatan Yang Ditawarkan:

Gambar 1: Keratan Laman Rasmi Permohonan Jawatan

No.

Jawatan

Kelayakan Akademik

1.

MEDICAL OFFICER

Ijazah

2.

EXECUTIVE

Ijazah

3

ASSISTANT

Diploma

4.

TECHNICIAN

Sijil Bidang Berkaitan

5.

HOSPITAL AIDE

SPM/Setaraf

6.

PHARMACIST

Ijazah

7.

PHARMACY AIDE

SPM/Setaraf

8.

JUNIOR FRONT OFFICE ASSISTANT

SPM/Setaraf

9.

JUNIOR PHYSIOTHERAPIST

Ijazah

10.

MEDICAL ASSISTANT

Diploma

11.

CARDIOVASCULAR TECHNOLOGIST

Diploma

12.

PERFUSIONIST TRAINEE IN SERVICE

Diploma

13.

CATH LAB TECHNOLOGIST

Diploma

14.

STAFF NURSE

Diploma

15.

LECTURER

Ijazah Sarjana (Master)


Tarikh Tutup Permohonan:

  • 29hb Februari – 13hb Mac 2024

Kelayakan Utama:

  • Kelayakan Akademik - Pemohon perlu mempunyai sekurang -kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon beberapa jawatan yang dibuka. Terdapat jawatan yang memerlukan diploma, ijazah dan ijazah sarjana untuk membolehkan jawatan itu dimohon.
  • Pengalaman - Terdapat jawatan yang memerlukan pengalaman kerja yang tertentu bergantung kepada jawatan yang ingin dimohon.

Kelebihan Bekerja Bersama IJN:

  • Peluang berkhidmat secara profesional
  • Faedah kesihatan dan kebajikan
  • Gaji dan insentif yang menarik

Cara Memohon Jawatan di IJN:

Permohonan Jawatan dibuat secara atas talian (online). Pemohon yang berminat dikehendaki ke laman rasmi IJN untuk memohon jawatan.

Gambar 2: .Klik pada “Show Details” untuk maklumat lanjut jawatan yang ingin dimohon.

Gambar 3: Selepas itu, klik “Apply” untuk memohon jawatan

Laman Rasmi Permohonan Jawatan : MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments