MGID ads

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ~ Gaji Sehingga RM1,900.00 / Tarikh Tutup 08 Mac 2024

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sehingga menghampiri pertengahan Mac 2024.

Maklumat Syarikat/Institusi:

Nama Syarikat: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Tentang MARDI:

Apa itu MARDI?

Jika menelusuri sejarah, MARDI telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 dan beroperasi sepenuhnya 2 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1971. Dikelola oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu berkaitan pengurusan, dasar dan peraturan bersama Lembaga Pengelola MARDI.

Visi

MARDI mempunyai visi untuk membangunkan keupayaan membina sistem penanaman dan perladangan ke arah teknologi yang canggih, pengurusan yang berkualiti dan budaya cemerlang untuk mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Objektif dan Fungsi

1. MARDI mempunyai fungsi dalam menjalankan penyelidikan dari bermacam aspek seperti sains, ekonomi, teknikal dan sosial melalui

  • Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan bermacam jenis tanaman (kecuali kelapa sawit, getah dan koko), ternakan dan makanan.
  • Perladangan secara campuran
2. Bertindak sebagai pusat memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian seperti makmal analisis, jaminan kualiti dan R & D kontrak.

3. Pelbagai jenis latihan dijalankan untuk memajukan industri makanan dan pertanian

4. Membangun, mempromosikan dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan.

Peranan MARDI amat penting di dalam dunia penyelidikan seperti yang dinyatakan. Anda boleh menjadi sebahagian daripada elemen penting ini untuk MARDI terus memenuhi peranannya di Malaysia dengan memohon jawatan seperti disenaraikan di bawah.


Jawatan Yang Ditawarkan:

  • PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29
  • PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
  • PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29
  • PEMBANTU OPERASI GRED N19
  • PEMBANTU OPERASI GRED N11
  • PEMBANTU AWAM GRED H11

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 04 - 08 Mac 2024
Mohon Juga:

Syarat - Syarat Lantikan Jawatan MARDI:

        1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek Sains; atau
  • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Sijil Matrikulasi dalam jurusan sains dan aliran teknikal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); atau
  • Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) atau;
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma Sains Veterinar/Haiwan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

        2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        4. PEMBANTU OPERASI GRED N19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        5. PEMBANTU OPERASI GRED N11
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        6. PEMBANTU AWAM GRED H11

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Bidang Tugas Jawatan:

       1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29

  • Membantu Melaksana Pembangunan Platform Pengkomersialan Secara Atas Talian E-Agrokomersial Teknologi Mardi (E-Act)
  • Melaksana Aktiviti Pemasaran Dan Jualan Benih Tanaman Serta Lain-Lain Produk Berkaitan
  • Membantu Melaksanakan Aktiviti Pengeluaran Benih Tanaman
  • Membantu Melaksana Aktiviti Pengesahan Kualiti Produk Benih Tanaman

       2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

  • Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk penilaian tapak, penyediaan dokumen spesifikasi kerja/BQ mengikut keperluan dan kehendak pelanggan dan penyediaan dokumen lengkap sebutharga/tender bagi proses perolehan;
  • Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities dan lain-lain berkaitan;
  • Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga;
  • Penyeliaan dan Pengawasan Kerja di tapak bagi urusan pembayaran kerja;
  • Penglibatan dalam pelaksanaan projek oleh Penolong Juruukur Bahan juga merangkumi aktiviti seperti;
  1. Mengelola lawatan tapak dan taklimat teknikal;
  2. Hadir ke Mesyuarat Tapak/Teknikal/Pelarasan, pemantauan Kemajuan Kerja dan Pelaporan serta penyediaan Minit berkaitan;
  3. Membantu Jurutera Sivil bagi membuat pengesahan kemajuan fizikal di tapak projek sebutharga/tender bagi tuntutan bayaran;
  4. Penyediaan dokumen bayaran projek fizikal (bagi bayaran interim semasa, akhir dan perakuan berkaitan). Skop kerja ini ditanggung oleh Jurutera Sivil;
  5. Tindakan susulan dalam tempoh jaminan kecacatan termasuk pemantauan servis dan senggaraan, dan pengesahan serta pengeluaran perakuan Certificate Of Completion Of Making Good Defect (CMGD).

        3PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29

  • Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk draf lukisan konsep, reka bentuk, spesifikasi serta skop kerja dan anggaran kos;
  • Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities, lukisan konsep 3D, lukisan berskala 2D dan lain-lain berkaitan;
  • Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga;
  • Penyeliaan dan Pengawasan Kerja di tapak;
  • Penglibatan dalam pelaksanaan projek oleh Penolong
  • Pegawai Senibina merangkumi aktiviti seperti;
  1. Mengelola lawatan tapak dan taklimat teknikal;
  2. Hadir ke Mesyuarat Tapak/Teknikal/Pelarasan, pemantauan Kemajuan Kerja dan Pelaporan serta penyediaan Minit berkaitan;
  3. Membantu Jurutera Sivil disamping kerja arkitektur bagi pengesahan kelulusan spesifikasi kerja/ teknikal dan pengeluaran arahan berkaitan (seperti Arahan Jurutera, Request For Inspection (RFI), pemeriksaan katalog, sampel, mock-up, dan lain-lain) serta pengesahan kemajuan fizikal bagi tuntutan bayaran;
  4. Penyediaan dokumen bayaran projek fizikal bidang Seni Bina (bagi bayaran interim semasa, akhir dan perakuan berkaitan). Skop kerja ini ditanggung oleh Jurutera Sivil & Penolong Juruukur Bahan disebabkan ketiadaan Arkitek dan Perancang di MARDI;
  5. Tindakan susulan dalam tempoh jaminan kecacatan termasuk pemantauan servis dan senggaraan, dan pengesahan serta pengeluaran perakuan Certificate Of Completion Of Making Good Defect (CMGD).
        4PEMBANTU OPERASI GRED N19
  • Membantu Melaksana Aktiviti Pembangunan Platform Pengkomersialan Di Atas Talian.
  • Membantu Kerja Dokumentasi Rekod-Rekod Projek
  • Membantu Melaksana Aktiviti Promosi Dan Jualan Secara Atas Talian
  • Melaksanakan Urusan Perolehan Bagi Aktiviti Pembangunan Platform, Pemasaran Dan Promosi (Pemohonan, Pembelian & Penerimaan Barang)
  • Mengendalikan Jualan Harian & Penyerahan Wang Hasil Jualan
  • Memastikan Kebersihan & Keceriaan Kawasan Nurseri Jualan Dan Keseluruhan Bangunan Bbshoppe.
  • Membantu Melayan Tetamu Dan Menerima Pelawat Dari Dalam Dan Luar Negeri/Negara.
        5PEMBANTU OPERASI GRED N11
  • Pembangunan Dan Pensijilan Produk Bahan Rujukan @ Certified Reference Material (CRM) Daripada Sumber Agromakanan Tempatan
  • Naiktaraf Makmal Sediada Kepada Makmal Penghasilan CRM Tumbuhan
  • Pemprosesan CRM Tumbuhan Berasaskan Daun Belimbing
  • Pensijilan CRM Tumbuhan Berasaskan Daun Belimbing
  • Pembangunan Dokumentasi Untuk Tujuan Akreditasi ISO/IEC17034:2016
  • Bayaran Emolument, Pemberian Dan Kenaan/Bayaran Tetap Staf Ontrak .Sementara Atau Sambilan
  • Bayaran-Bayaran Lain Melibatkan Urusan Pembeliaan Peralatan, Sewaan Alatan, Latihan, Kerja-Kerja Luar Pejabat Bagi Mencapai KPI Projek Inisiatif Ekonomi MADANI
       6PEMBANTU AWAM GRED H11
  • Membantu menyediakan batas untuk tanaman nanas
  • Membantu penanaman pokok nanas.
    1. Transplant sulur nanas ke ladang
  • Memastikan penjagaan pokok nanas dilaksanakan
    1. Pemberian baja foliar
    2. Pembajaan pokok
    3. Kawalan racun serangga dan racun kulat
    4. Menyelenggara/meracun rumpai
  • Membantu menjalankan kutipan hasil dan perkara-perkara berkaitan
    1. Melaksanakan kutipan hasil dan merekod nilai kutipan

Cara Memohon Jawatan di MARDI:

Permohonan Jawatan dibuat melalui borang permohonan dengan mengemukakan menerusi pos atau ke alamat e-mel yang dinyatakan di iklan permohona jawatan masing - masing. (Nota: Teliti setiap jawatan mempunyai alamat penuh dan alamat e-mel yang berbeza mengikut jenis jawatan)

Iklan Rasmi Permohonan Jawatan: MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments