Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ~ Gaji RM2,688.00 - RM9,932.00 / Tarikh Tutup 13 Mac 2024

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sehingga menghampiri pertengahan Mac 2024.

Maklumat Syarikat/Institusi:

Nama Syarikat: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Alamat: Institut Kefahaman Islam Malaysia No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tentang IKIM:

Dasar dan Matlamat

IKIM mempunyai dasar yang menjadi slogan iaitu:

“Memahami Islam Membina Peradaban”

“Understand Islam Build Civilisation”

dengan bahasa mudahnya kita boleh membina peradaban yang cemerlang dengan memahami Islam dengan lebih mendalam.

...

IKIM mempunyai beberapa asas matlamat iaitu:

1. Menyebarkan kefahaman Islam yang benar dan mempunyai kesan melalui pendekatan yang sesuai.

2. Berusaha ke arah menyampaikan mesej Islam yang sempurna dan syumul agar dapat ke semua lapisan masyarakat.

3. Menambah daya usaha untuk kefahaman Islam yang baik menggunakan sumber yang ada.

...

Fungsi IKIM

Secara ringkasnya fungsi IKIM boleh disenaraikan seperti dibawah:

1. Melaksanakan penyelidikan berkaitan peranan Islam dan umat Islam sendiri dalam menghadapi cabaran global masa kini.

2. Menerbitkan bahan termasuk buku, majalah dan jurnal untuk manfaat umum dan golongan sasaran.

3. Menganjurkan persidangan atau seminar untuk membincangkan sesuatu perkara dan mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang timbul.

4. Menjalin kerjasama yang baik dengan pertubuhan tempatan dan antarabangsa dalam program yang memberi pulangan manfaat secara kolektif atau bersama.


Jawatan Yang Ditawarkan:

No.

Jawatan

Kelayakan Akademik

1.

Jurutera Gred J41

Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. 

Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    2.

Penerbit Produksi dan Teknikal TV Gred B41
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang Komunikasi Massa/Multimedia/Pengajian Media/Penyiaran/Perfileman/Industri Kreatif yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.

Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 13 Mac 2024 (Rabu)
Mohon Juga:

Syarat - Syarat Jawatan IKIM:

        1. Jurutera Gred J41 

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • (Gaji Permulaan ialah pada Gred J41:RM2,688.00)

     2. Penerbit Produksi dan Teknikal TV Gred B41

  • Menguji Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • (Gaji Permulaan ialah pada Gred J41:RM2,688.00)
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan;
  • Penguasaan bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan;
  • Berpengetahuan mengenai aspek teknikal dalam penyiaran termasuk peralatan, sistem penyiaran, berkemampuan untuk memasang dan menguji peralatan untuk MCP:
  • Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan dengan tahap kerahsiaan yang tinggi;
  • Mempunyai kefahaman yang kukuh tentang konsep penerbitan dan strategi penghasilan produk penerbitan yang kreatif: 
  • Mempunyai pengetahuan yang tinggi aspek penggendalian penyuntingan dan rakaman audio visual;
  • Mempunyai pengetahuan dalam siaran program dan rancangan di laman web dan media sosial.

Bidang Tugas Jawatan:

       1. Jurutera Gred J41 

  • Bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau  penyelenggaraan bangunan-bangunan IKIM serta terlibat dalam pengurusan operasi, fasiliti dan  prasarana di IKIM;
  • Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau pengurusan projek termasuk projek-projek pembangunan hartanah IKIM di Kuala Lumpur, Kuantan dan Sabah;
  • Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau pentadbiran kontrak dan aspek perkhidmatan pos kontrak;
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

     2. Penerbit Produksi dan Teknikal TV Gred B41

  • Bertanggungjawab terhadap kelancaran operasi teknikal, rakaman, siaran langsung, teknologi penyiaran dan kesediaan laman sesawang tvIKIM;
  • Merangka pelan jangka panjang teknikal bersesuaian dengan format dan aspek penyiaran terkini dalam rakaman, siaran langsung, siaran laman sesawang dan juga aplikasi digital;
  • Menyelia, menyediakan dan melaksanakan kerja-kerja teknikal produksi seperti rakaman, penyuntingan, ‘mixing‘, grafik serta animasi dan lain-lain tugasan berkaitan bagi menghasilkan bahan pada tahap kualiti yang tinggi;
  • Menyelia dan melaksanakan kerja-kerja operasi teknikal dan penyelenggaraan studio suntingan dan mengambil tindakan langkah-langkah pembaikan segera atas peralatan jika berlaku kerosakan;
  • Melaksanakan kesemua kerja-kerja operasi teknikal bagi sesuatu rakaman luar di mana-mana lokasi termasuklah dari persiapan teknikal.
  • Bertanggungjawab bagi urusan operasi studio suntingan dari segi teknikal, selain menjaga kebersihan dan keselamatan pejabat serta hak milik kelengkapan dan peralatan di Bahagian TV IKIM.
  • Membantu menyediakan pangkalan data bahan-bahan rakaman Bahagian TV IKIM.
  • Menyelaras keperluan tenaga kerja teknikal dan merancang kerja dari masa ke semasa.
  • Memastikan siaran di laman web dan media sosial berfungsi 24 jam dan tidak tergendala.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon Jawatan di IKIM:

Permohonan Jawatan dibuat melalui borang permohonan dengan pos atau serahan tangan sahaja ke alamat penuh IKIM. 

Gambar 1: Cara Memohon Jawatan IKIM

Laman Rasmi Permohonan Jawatan: JURUTERA GRED J41

Laman Rasmi Permohonan Jawatan: PENERBIT PRODUKSI DAN TEKNIKAL TV GRED B41

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments