Bantuan RM500 Untuk Pencarum KWSP Telah Mula Dikreditkan


Bantuan RM500 Untuk Pencarum KWSP Telah Dikreditkan : Senarai Penerima & Cara Semakan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli berumur antara 40 dan bawah 55. Insentif ini diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.


Baca Juga:

Insentif Bantuan RM500 one-off ini telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 yang bertujuan untuk menggalakkan ahli yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

Bantuan RM500 KWSP

Dalam pembentangan Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan mengumumkan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Menurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik C19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.

“Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.

Cara Membuat Semakan Bantuan RM500

Untuk membuat semakan, anda boleh rujuk langkah di bawah:

  • Log masuk di iAkaun KWSP
  • Klik pada ‘Akaun Peribadi’
  • Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘cari’
  • Maklumat penyata akaun akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk laman web rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di https://www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di 03-8922 6000


Post a Comment

0 Comments