Pengambilan Jawatan Kosong Puspakom Sdn Bhd Telah Dibuka ~ Kemasukan Segera / Tarikh Tutup 14 & 25 Oktober 2023
Maklumat Iklan Kerjaya
- PEMERIKSA KENDERAAN
- 14 & 25 OKTOBER 2023
Keperluan & Kelayakan Memohon
- Kemas
- Berpengetahuan am
- Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan pada iklan)
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong diatas)
Bagaimana Memohon
Kenali Puspakom Sdn Bhd
Profil Syarikat
Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) ditubuhkan
pada tahun 1994, anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad. Puspakom adalah syarikat
pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan
Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan
komersial dan persendirian.
Peranan utamanya adalah untuk
menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan
dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu
di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan
dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap. Ini dilakukan
melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan
mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan.
Setiap tahun, PUSPAKOM
menjalankan lebih daripada 3 juta pemeriksaan kenderaan. PUSPAKOM mempunyai
rangkaian di seluruh negara di 54 pusat pemeriksaan yang dilengkapi peralatan
yang diiktiraf dan dikalibrasi oleh pihak berkaitan dari semasa ke semasa.
Selain itu, PUSPAKOM juga mempunyai lebih daripada 25 pemeriksaan secara
lawatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di kawasan kurang
penduduk dan di luar Bandar.
Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak
PUSPAKOM terdiri daripada Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Van dan Unit
Bergerak Ringan, menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dari pintu ke
pintu kepada pelanggan individu dan korporat. PUSPAKOM sentiasa memberikan perkhidmatan
pemeriksaan kenderaan yang cepat, cekap, tepat dan profesional.
Sumber: Laman Rasmi Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM)
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments