TERKINI : Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Januari 2023
Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.
Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat - 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat yang mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada Januari berbanding yang dijadualkan pada bulan Mac. Ini kerana mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Perdana Menteri berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan hampit sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Baca juga:
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Buka Pengambilan Kekosongan Jawatan Terkini
- TERKINI : Bantuan e-Wallet Bingkas RM300 Untuk Rakyat Malaysia
TERKINI: NOTIS BANTUAN TUNAI RAKYAT TELAH DIMAKLUMKAN MELALUI LAMAN WEB BKM
Dalam notis berkenaan, dimaklumkan bahawa:
- Bayaran Fasa 1 BTR 2023 akan disalurkan pada Januari ini
- Makluman tarikh pembayaran dan tarikh semakan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dari semasa ke semasa.
Jumlah Bayaran BTR Fasa 1
Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100
Tarikh Bayaran BTR 2023
Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023
Bantuan Keluarga Malaysia 2023
Berdasarkan Bajet 2023 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:
Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan
- 5 Anak atau lebih: RM2,500
- 1 - 4 Anak: RM1,000 - RM2,000
Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 - RM5,000
- 1 - 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 - RM1,250
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600 (Bergantung Pendapatan)
Bujang
- RM350 (Bergantung Pendapatan)
Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal
- RM500 (Tambahan)
Post a Comment
0 Comments