Semakan Online
TERKINI : Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Tahun 2023 Yang Boleh Anda Mohon!
Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.
Salah satunya adalah melalui pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan perbelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan bagi sebahagian 2023.
Melalui RUU ini, peruntukan khas lebih RM107 Bilion telah diluluskan bagi mengumumkan beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan dipercepatkan pada bulan Januari 2023 dengan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023
Jumlah BMT akan ditambah sebanyak RM200 bagi pekebun kecil yang menjadikan jumlah bantuan yang bakal diterima adalah sebanyak RM800 daripada RM600 sebelumnya.Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023
Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa kira had pendapatan ibu bapa dengan bayaran sebanyak RM150 seorang.Baca Juga:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Buka Pengambilan Pelbagai Kekosongan Jawatan Terkini
- RASMI : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) RM300 Untuk Setiap Isi Rumah
Post a Comment
0 Comments