Semakan Online
TERKINI : Bantuan Barang Dapur RM300 Setiap Bulan Untuk Rakyat Malaysia
Bantuan Barang Dapur. Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300 Untuk Rakyat Malaysia golongan B40 khususnya.
Bantuan BINGKAS ataupun Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Tujuan utama adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Menurut Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga.
Tujuan Bantuan BINGKAS Online (Bantuan Barang Dapur)
Program bantuan ini bertujuan untuk meluaskan lagi capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Pintar Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Tunggal Smart Selangor (KISS IT) agar manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja oleh golongan ibu tetapi juga dapat dirasai oleh ahli keluarga yang lain.Sasaran program ini adalah untuk 30,000 keluarga dengan bantuan RM 300 akan diberikan setiap bulan bagi menampung pembelian keperluan asas serta peralatan pendidikan.
Syarat Pendaftaran Bantuan Barang Dapur
Pemohonan ini dibuka untuk:- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor.
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3,000/sebulan.
Cara Permohonan BINGKAS Online 2022
Untuk memohon, sila layari laman web BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon terkini dan mendaftar.- Pergi ke laman rasmi : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
- Masukkan nombor telefon anda
- Isi setiap maklumat yang diperlukan
- Hantar permohonan.
Post a Comment
0 Comments