Semakan Online
RASMI : Permohonan Bantuan Laptop Percuma Untuk B40 Kini Dibuka ~ Mohon Sekarang!
Untuk makluman anda, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah membuat keputusan untuk membuka kembali permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas.
Dengan itu, tarikh penerimaan peranti telah dimaklumkan melalui sidang media tersebut. Anda boleh mengikuti maklumat penuh melalui laman salamkerjaya ini.
PENGENALAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Tujuan bantuan pihak kerajaan ini adalah untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program ini akan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara. Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.
KELAYAKAN MINIMA
Yang layak untuk menerima tablet percuma ini adalah mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak untuk memohon inisiatif ini.
Inisiatif ini juga telah melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan serta ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
PERANTI YANG DIBEKALKAN
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti yang berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan
TARIKH PERMOHONAN
Untuk makluman, permohonan dibuka bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.
Pemohon dijangka akan menerima tablet melalui dua sesi:
- Fasa 1 : Hujung Ogos / September 2022
- Fasa 2 : Oktober / November 2022
CARA MOHON
Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan:
Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan:
- Sila layari portal rasmi PerantiSiswa di https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
- Klik daftar pengguna
- Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik daftar.
- Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses daftar di hantar.
- Notifikasi akan dihantar ke emel pemohon untuk tujuan pengesahan pendaftaran akaun baharu dan pengaktifan akaun.
- Setelah akaun diaktifkan, log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Skrin borang permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan. Semak dan lengkapkan borang permohonan yang wajib diisi.
- Pilih perakuan pelajar dan klik terma dan syarat.
- Skrin notifikasi akan dikeluarkan secara pop-up untuk mengingatkan pemohon agar memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila klik butang YA untuk meneruskan permohonan.
- Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik cetak/simpan untuk simpanan.
- Cetak borang permohonan untuk simpanan.
- Skrin notifikasi akan dikeluarkan secara pop-up untuk keluar dari sistem. Klik butang OK untuk keluar atau klik butang BATAL untuk kekal di skrin.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN
Makluman untuk keputusan, e-mel akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempnyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau dengan melalui talian berikut:
- 03-8911 5351
- 03-8911 5258
- 03-8911 5265
- 03-8911 5188
Waktu operasi pada 8.00 pagi hingga 6.00 petang hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk Sabtu dan Ahad.
Post a Comment
0 Comments