[SEDIH] : Video Gadis Nangis Disihir Rakan Sekolah Kerana Cemburu Dapat Nombor 1 Dalam Kelas

Apabila kita bercerita tentang sihir, umum mengetahui bahawa ianya biasa dilakukan oleh golongan orang dewasa. Namun sedihnya, seorang gadis yang bernama Irma ini berdepan dugaan berat kerana sudah mula disantau oleh rakannya sendiri semenjak berumur 14 tahun lagi. Oleh sebab itu, tahap kesihatannya mula merosot saban hari sehinggakan dia lumpuh sepenuhnya sekitar tahun lalu. 

Satu badan mula jadi hitam dan rambut gugur sehingga botak...

Pada awalnya, ibu bapa Irma tidak mengesyaki apa-apa meskipun anak mereka kerap berulang-alik ke pusat perubatan kerana mengadu badannya merasa kurang selesa dan keperitan. Setelah melihat keadaan itu tidak membaik, barulah mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan perawat Islam sebelum mengetahui kisah sebenar.  


Rakan enam tahun berturut-turut dapat nombor 1, Cemburu Irma pecahkan rekod...

Bapa Irma menegaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan si pelaku yang disebutkan. Justeru itu, mereka pelik mengapakah individu berkenaan menghantar santau kepada Irma hingga merosakkan hampir 100% kehidupannya. 

Rupa-rupanya setelah dikaji, individu tersebut menghantar santau kepada Irma kerana dia berasa cemburu dengan Irma kerana dapat menduduki tempat pertama dalam kelas dan ia menjadi motif utama kepada segala perbuatan terkukut tersebut. 

"Irma tak suka makan ikan & daging. Saya ingat kesihatannya terjejas disebabkan kurang nutrisi. Sebelum ni irma cuma dapat nombor 3 atau 4 sahaja namun berkat kesungguhannya akhirnya dia memperolehi nombor 1. Namun, rakannya kurang senang."

Nafsu makan saya berkurang, kalau isi nasi ke mulut pun mesti keluar balik...

Dengan wajahnya yang sudah rosak, Irma gagal menahan tangisan memikirkan mengapa rakannya tergamak menganiaya dia sedemikian rupa. Namun berkat diruqyah oleh seorang perawat Islam, alhamdulillah keadaannya semakin bertambah baik berbanding dahulu termasuklah tidak lagi berasa panas apabila mendengar ayat al-Quran meskipun badannya dikatakan ada lima penunggu. 

Saya takde salah apa pun. Kenapa awak buat saya sampai macam ni? Saya nak jadi cantik macam dulu.

 Kredit: Facebook Pratiwi Noviyanthi

Post a Comment

0 Comments