RASMI : Cara Mohon Bantuan Laptop Percuma Untuk B40 2022




Kementerian Pengajian Tinggi KPT telah mengumumkan bantuan yang melibatkan Pakej Pelan Data Percuma dan juga peranti siswa (laptop) FREE untuk kumpulan dan golongan pelajar IPT B40 di Malaysia.

Untuk makluman, bantuan ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan para pelajar untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian (online) dan membantu meringankan beban keluarga golongan b40.

Ikuti maklumat lengkap seperti di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan bantuan laptop percuma ini. Semoga bermanfaat.

CARA MOHON BANTUAN PELAN DATA PERCUMA B40

Untuk pengetahuan anda, semua pelajar ataupun mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) layak untuk memohon bantuan ini tanpa mengira sama ada mereka adalah merupakan pelajar Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS dan Universiti Awam (UA).

Berikut adalah merupakan cara memohon bantuan pelan data percuma B40:
  • Anda perlu pergi ke bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pusat pengajian anda.
  • Jika anda layak menerima bantuan ini, anda akan diberikan kad sim secara percuma.
  • Semoga berjaya!



CARA MOHON BANTUAN LAPTOP PERCUMA B40

Cara mohon bantuan laptop b40 boleh dilakukan dengan cara klik pautan di bawah mengikut jenama laptop yang anda inginkan:
NOTA: Sama ada anda layak untuk dapat secara percuma bantuan ini, anda boleh bertanyakan secara terus kepada pihak HEP pusat pengajian anda masing-masing.

PORTAL RASMI: https://www.mohe.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN

“Mulai 15 April, kementerian akan buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.

“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, ” katanya Tan Sri Annuar Musa ketika berucap pada Program Santai Bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Keluarga Malaysia Daerah Sandakan, hari ini.

KERAJAAN JANJI BERI PERANTI TERBAIK

Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menyatakan bahawa sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

Dalam masa sama, pihaknya juga memberikan jaminan, peranti yang akan diberikan adalah yang berkualiti tinggi, dan bukan ‘cap ayam’.

“Saya harap pada minggu pertama Jun, kita mula mengedarkan tablet kepada mereka yang memohon yang mungkin akan membabitkan beratus ribu anak muda siswa siswi.

“Mereka akan mendapat tablet berkualiti tinggi bukan cap ayam… Saya jamin kita akan beri kualiti yang terbaik,” katanya.

Post a Comment

0 Comments