Semakan Online
Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 Mengikut Bank Penerima
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah mula disalurkan kepada semua rakyat Malaysia. Pembayaran bantuan ini telah bermula pada 27 Jun 2022.
BANTUAN TAMBAHAN BKM FASA 2
Kerajaan akan memberikan tambahan BKM Fasa 2 bermula 27 Jun ini. Bantuan tambahan ini tidak termasuk bantuan tambahan yang berjumlah RM500 dan RM300 yang telah diumumkan sejak Januari lepas.
Bantuan tambahan ini hanya akan diagihkan pada pembayaran BKM Fasa 2 ini.
Kerajaan akan memberikan Bantuan Tunai Tambahan sebanyak ;
- RM100 bagi yang berkeluarga
- RM50 untuk yang bujang
Menurut Menteri Kewangan, secara keseluruhan RM1.74 bilion diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.
TARIKH RASMI BAYARAN
Menurut Menteri Kewangan, bayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada- 27 Jun 2022 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada petang 22 Jun.
Sebanyak RM 1.11 bilion bantuan akan diagihkan kepada semua rakyat yang layak.
JADUAL TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK
Berikut adalah jangkaan jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank-bank para penerima BKM :- Bank Simpanan Nasional (BSN) - Bayaran bermula 27 Jun secara berperingkat
- Affin Bank - Bermula 28 Jun
- RHB Bank - Bermula 28 Jun
- Bank Islam - Pembayaran berperingkat bermula 28 Jun
- Maybank - Pembayaran bermula 28 Jun
- Bank Rakyat - Pembayaran bermula 28 Jun ini
- Am Bank - Dijangkakan pada 28 Jun
- Bank Muamalat - 28 Jun
OBJEKTIF BANTUAN
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.SEMAKAN STATUS BKM FASA 2
Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM
JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2 (TIDAK TERMASUK BANTUAN TAMBAHAN FASA 2)
Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah di antara RM 100 hingga RM 400 bagi setiap kategori kelayakan.Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan berikut
1 - Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah
i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
- 0 anak - RM 200
- 1-2 anak - RM 300
- 3 anak dan ke atas - RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 - RM 5,000
- 0 anak - RM 100
- 1-2 anak - RM 100
- 3 anak dan ke atas - RM 300
2 - Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas
i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
- 0 anak - RM 200
- 1-2 anak - RM 300
- 3 anak dan ke atas - RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 - RM 5,000
- 0 anak : RM 100
- 1-2 anak : RM 100
- 3 anak dan ke atas : RM 100
3 - Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak
i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
- 1-2 anak : RM 300
- 3 anak dan ke atas : RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 - RM 5,000
- 1-2 anak : RM 100
- 3 anak dan ke atas : RM 100
Post a Comment
0 Comments