TERKINI : Kerajaan Mengumumkan Bantuan Tambahan BKM Untuk B40 Bermula 27 Jun 2022




Bantuan Keluarga Malaysia BKM Tambahan Mulai 27 Jun 2022. Pada sidang media Khas Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri petang tadi telah diumumkan beberapa perkara mengenai harga minyak, harga ayam dan juga mengenai semakan BKM.

Berikut adalah intipati-intipati mengenai sidang media tadi.

BKM Tambahan Fasa 2


Untuk BKM Fasa 2, Perdana Menteri Malaysia menyatakan yang semakan boleh dibuat di laman rasmi pada 27 Jun 2022.

Kerajaan juga bersetuju untuk tambah bantuan kepada golongan isi rumah dan bujang sebanyak RM50 hingga RM100.

Jumlah Tambahan

  1. RM100 (Isi rumah)
  2. RM50 (Bujang)

Bayaran Tambahan ini akan dibuat bersama bayaran Fasa Kedua. Bayaran dibuat mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat. 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 tahun 2022 anda boleh melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bkm.hasil.gov.my/

Post a Comment

0 Comments