Permohonan Terkini Online Rumah Mampu Milik Golongan B40 2022 ~ Sewa Bermula RM124 Sebulan




Tahukah anda bahawa Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan laman web untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa yang dikenali sebagai program TEDUH.

Untuk makluman, TEDUH adalah merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan dengan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang "One-Stop Centre" kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

SKIM PERUMAHAN DI BAWAH TEDUH

PPAM

Skim PPAM adalah merupakan sebuah skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan bagi golongan berpendapatan rendah.

PPR DIMILIKI

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

PPR DISEWA

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

PR1MA

PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.

RUMAH TRANSIT

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 - 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan bagi setiap Skim Perumahan;:-

PPAM
  • Warganegara Malaysia
  • Penjawat Awam
  • Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
  • Boleh memohon lebih dari satu projek
  • Moratorium 10 tahun.
Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM - KLIK SINI

SPP
  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hinggan 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
  • Maklumat lanjut mengenai Skim SPP - KLIK SINI

PPR DIMILIKI
  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
  • Maklumat lanjut mengenai PPR Dimiliki - KLIK SINI

PPR DISEWA
  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas\
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan NegeriMaklumat lanjut mengenai PPR Disewa - KLIK SINI

PR1MA
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ataupun berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan
  • PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja

RUMAH TRANSIT
  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 - 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayahMaklumat lanjut mengenai Rumah Transit - KLIK SINI

RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA

Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:
  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Maklumat lanjut mengenai Rumah IKRAM Keluarga Malaysia - KLIK SINI

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan TEDUH:-

DAFTAR AKAUN PEMOHON



BUKA EMEL
  • Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif
  • Pemohon akan menerima emel sejurus melakukan pendaftaran di sprn
  • Klik pautan yang diberikan untuk membuat pengesahan dan pemohon akan diminta untuk masukkan password.
  • Pastikan password yang diisi harus diingat


PILIH SKIM
  • Pilih skim yang diinginkan (Setakat ini, Skim PPR Dimiliki dan PPR Disewa sahaja yang tersedia)
  • Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan


DOKUMEN SOKONGAN

  • Muatnaik semua dokumen yang diperlukan
  • Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.


PENGESAHAN
  • Setelah muatnaik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan
  • Dan siap!

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam melakukan permohonan, anda boleh menghubungi:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: teduh@kpkt.gov.my
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Post a Comment

0 Comments