PISMP 2022 : Permohonan IPG Fasa 2 Secara Online Dibuka Bermula 1 Jun Sehingga 10 Jun 2022



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Tapi sebelum itu, jom ambil tahu lebih lanjut tentang Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta tarikh permohonan dan cara membuat permohonan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.


Tarikh Permohonan PISMP Fasa 2 (2022)

  • TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 1 JUN 2022
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 JUN 2022

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my bermula 1 Jun sehingga 10 Jun 2022.

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.


Maklumat Lanjut 

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online, anda boleh layari https://pismp.moe.gov.my/ atau ajukan pertanyaan anda melalui ;

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760

Emel : jpp@ipgm.edu.my

Post a Comment

0 Comments