TERKINI : Kemaskini Permohonan & Semakan Status BKM Fasa 2 Tahun 2022



Menerusi pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah berbeza mengikut kategori penerima. la merangkumi kategori isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 sebulan sehingga isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah. Individu bujang juga akan mendapat bantuan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.

Penerima Yang Perlu Mengemaskini BKM 

  1. Penerima BPR sebelum ini perlu membuat pengemaskinian maklumat sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa supaya tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.
  2. Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
  3. Terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada ataupun berlaku penceraian. 


Cara Membuat Semakan BKM Fasa 2

Semakan keputusan permohonan BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;
  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan melalui online https://bkm.hasil.gov.my;
  • Tekan log masuk BKM
  • Masukkan no Mykad /ID pengguna
  • Klik semak
  • Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan tekan ya sekiranya betul
  • Masukkan kata laluan
  • Klik pada semakan status (akan keluar status PERMOHONAN DITERIMA)

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 Tahun 2022

Bagi fasa 2, pembayaran dijangka akan dibayar kepada penerima pada hujung bulan Jun 2022. Masih tiada tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak LHDN.

Manakala, jumlah pembayaran pula boleh anda lihat melalui jadual-jadual yang tertera di dalam artikel ini.



Tarikh Permohonan / Rayuan BKM

Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 tahun 2022 anda boleh melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bkm.hasil.gov.my/

Kredit : Atikah Ismail MK

Post a Comment

0 Comments