Bantuan Kewangan RM100 Untuk Semua Bayi Yang Lahir Tahun 2022
Pada tahun ini, kerajaan negeri Sabah telah memperkenalkan dan melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negara (BISTARI) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.
Melalui BISTARI, setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula 2022 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan sejumlah RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dan panduan buat permohonan.
KADAR BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI (BISTARI)
Melalui BISTARI, anak Sabah yang dilahirkan akan ditawarkan akaun SSPN melalui PTPTN dengan bantuan sejumlah:
- Kadar Bantuan : RM100
Bantuan simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun SSPN. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Bayi berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari negeri Sabah.
- Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian.
CARA MEMOHON
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di atas dan ingin membuat membuat permohonan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan buat bayi kelahiran, anda boleh buat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disediakan di bawah ini:
- Borang Permohonan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan - klik DI SINI
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Blok A,
Tingkat 29, Menara Kinabalu,
Jalan UMS, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Post a Comment
0 Comments