Senarai Penuh Bantuan Aidilfitri Untuk Semua Negeri Di Malaysia




Untuk tahun 2022, ada diumumkan bantuan raya untuk setiap negeri di Malaysia. Bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan penjawat awam dan untuk memeriahkan sambutan hari raya bersama keluarga tahun ini.

Berikut adalah merupakan senarai penuh bantuan raya untuk setiap negeri di Malaysia yang boleh anda mohon. Semoga bermanfaat. 

BANTUAN RAYA SELANGOR

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000, sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri dan akan dibayar 27 April ini.

Manakala bantuan tunai RM500 pula akan diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs), penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

BANTUAN RAYA JOHOR

Kerajaan Johor akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Bantuan kewangan ini akan dibayar pada 28 April 2022.

Juga membabitkan kakitangan bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan bawah MySTEP.

BANTUAN RAYA SABAH

Kerajaan Sabah akan memberi bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Penerima yang layak adalah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dalam kategori gred N54 ke bawah. Manakala pesara akan menerima separuh daripada jumlah berkenaan.

BANTUAN RAYA SARAWAK

Kerajaan Sarawak akan memberi Bantuan Khas sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022 sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak.

Bantuan khas ini akan dibayar pada April, sebelum Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.

BANTUAN RAYA NEGERI SEMBILAN

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan akan dibayar pada 15 April 2022.

Ianya melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM6 Juta khas untuk 4,050 kakitangan.

BANTUAN RAYA PERAK

Penjawat awam negeri Perak akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 pada 25 April 2022.

Selain kakitangan awam, guru sandaran tidak terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, Orang Besar Jajahan, guru tadika Islam, pegawai sambilan harian dan Tok Batin turut mendapat bantuan ini.

BANTUAN RAYA MELAKA

Kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemberian bantuan kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan April 2022.

Sumbangan wang tunai dan barangan makanan turut akan diagihkan kepada golongan asnaf, miskin dan warga emas.

BANTUAN RAYA TERENGGANU

Penjawat awam Terengganu gred 56 dan ke bawah pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 pada 25 April ini .

Bantuan i-Fitri iaitu bantuan raya yang akan diberikan untuk golongan B40 dan M40 di negeri Terengganu.

BANTUAN RAYA KELANTAN

Negeri Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan awam negeri bermula daripada gred 56 dan ke bawah.

Bantuan Aidilfitri RM500 turut akan diberikan kepada penghulu mukim, penghulu tanpa mukim, pegawai serta guru halaqat, ahli majlis, penyelaras ICT Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras armalah.

Dan RM250 pula akan diberikan kepada guru al-Quran, guru fardu ain dan guru pusat pembangunan wanita Kelantan.

BANTUAN RAYA PAHANG

Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang dan akan dibayar pada 20 April 2022.

BANTUAN RAYA PULAU PINANG

Penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Manakala, bantuan RM300 akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Bantuan RM200 pula akan diberikan kepada uru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS).

BANTUAN RAYA KEDAH

Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 sempena perayaan Aidilfitri kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Bayaran akan dibuat sebelum sambutan Aidilfitri.

BANTUAN RAYA PERLIS

Kerajaan Perlis meluluskan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada lebih 1,200 penjawat awam negeri dan kakitangan anak berkaitan kerajaan negeri.

MAKLUMAT LANJUT

Semoga dengan peruntukkan bantuan daripada kerajaan di setiap negeri ini dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi keluarga anda.

Post a Comment

0 Comments