Permohonan Bantuan Aidilfitri Sabah RM500 Tahun 2022



TAWAU: Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketika mengumumkan pemberian bonus itu di Tawau, Hajiji berkata, bonus tersebut adalah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI SABAH

"Kerajaan negeri akan membayar bonus sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan iaitu RM500 seorang.

"Para penerima adalah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dalam kategori gred N54 ke bawah. Manakala pesara akan menerima separuh daripada jumlah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas di Dewan Masyarakat Tawau pada Rabu.

Semalam, Kerajaan Pusat turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bantuan khas sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.

Post a Comment

0 Comments