Perdana Menteri Umum Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri Untuk Rakyat Malaysia



Berita baik buat rakyat Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan (Negeri dan Persekutuan) bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Antara bantuan kewangan itu adalah apa yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan khas ini:

Jumlah Bayaran

Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri Selangor.

Malah, BKK turut disalurkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN); Speaker; Timbalan Speaker; Ahli Dewan Negeri; pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

Bantuan Insentif RM1,000

Dalam pada itu, pihak Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk memberikan Insentif Rahmah Ramadan Selangor sebanyak RM1,000 kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi MPKK; Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Manakala, RM500 pula diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs) dan para penggerak masjid iaitu Nazir, Imam, Siak dan Bilal atas dedikasi mereka pengimarahan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Tarikh Pembayaran

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian BKK ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM39.15 juta.

Pembayaran ini akan disalurkan kepada setiap yang layak pada tarikh 27 April 2022, Rabu.

Diharapkan pemberian bantuan kewangan ini akan dapat memudahkan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri masyarakat, khususnya para penduduk Selangor.

Post a Comment

0 Comments