Pengeluaran Khas KWSP: Ini Maksud "Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod" Yang Perlu Anda Ketahui




Sejak pautan semakan status pengeluaran khas dibuka pada tengah malam 9 April 2022, ribuan ahli telah melakukan semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas KWSP kali ini.

Pengeluaran Khas merupakan program yang diumumkan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan ekoran pandemik yang telah melanda negara sejak dua tahun kebelakang.

Sejak semalam terdapat sebilangan besar ahli yang bertanyakan berkaitan permohonan mereka yang telah memohon tetapi apabila mereka membuat semakan status permohonan tidak terdapat sebarang rekod permohonan yang pernah dilakukan. 

Rujuk di bawah ini untuk mengetahui sebab dan maksud mengapa permohonan anda tiada dalam rekod. Semoga bermanfaat.


Maksud Permohonan Ditolak (Pengeluaran Khas)

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perspektif dalam status permohonan kali ini,

(Pertama) Paparan 'Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod' tersebut membawa maksud bahawa kemungkinan terdapat kesilapan yang anda lakukan semasa membuat permohonan pada 01 April 2022 yang lalu. Sebagai contoh, kemungkinan anda tersilap ataupun ada terlebih memasukkan nombor kad pengenalan ataupun nombor telefon anda semasa memohon.

Diharapkan kepada semua para pemohon yang telah melakukan permohonan tetapi tidak mempunyai rekod permohonan untuk melakukan semak semula segala data peribadi yang telah dimasukkan semasa melakukan permohonan tempoh hari. Jika perkara sama masih berlaku, anda masih boleh mengemukakan permohonan baharu. 

(Kedua) Paparan 'Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod' tersebut membawa maksud bahawa permohonan yang anda lakukan GAGAL dan TIDAK LULUS. 

Kepada para pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan kali ini tidak perlu bimbang kerana pihak KWSP kebiasaannya akan membuka permohonan rayuan bagi mereka yang tidak berjaya tetapi memerlukan bantuan kewangan pada ketika ini. 



Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
  • Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik ‘Teruskan’
  • Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  • Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  • Isi No Telefon Bimbit
  • Sahkan Captcha
  • Klik ‘Semak Status’
  • Keputusan Permohonan Dipaparkan
  • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  • Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  • Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/mohonkerjaya
  • Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  • Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.

Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.


KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS

Post a Comment

0 Comments