Pemuda keluar wang simpanan KWSP demi bahagiakan ibu yang sedang sakit




Setiap anak-anak yang sudah bekerjaya sudah tentu mahu membahagiakan hati keluarga terutamanya ibu bapa. Walaupun tidaklah dengan kemewahan, namun perkara tersebut sudah tentu amat menggembirakan insan yang telah membesarkan kita.

Oleh itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Amran X Aminudin telah tular selepas pemuda tersebut memuat naik gambar ibunya yang memegang wang tunai hasil daripada akaun pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya.

Keluar wang simpanan KWSP demi balas jasa & pengorbangan ibu...

Menurut pemuda tersebut, tujuan utama dia melakukan pengeluaran khas KWSP miliknya kerana dia merasakan bahawa dirinya masih belum puas berbakti kepada ibunya dan berasa takut jika tidak sempat untuk membalas segala jasa yang telah diberikan selama ini kepada dirinya disebabkan oleh faktor kesihatan serta usia ibunya pada ketika ini.

Menurut Amran X Aminudin lagi, dia melakukan pengeluaran tersebut kerana ingin ibunya merasa duit daripada hasil titik peluhnya selama ini. Pemuda tersebut turut menyatakan bahawa nilai RM10,000 itu masih belum mampu untuk membalas segala jasa seorang ibu yang selama ini telah mengandungkan serta membesarkan dirinya sehinggalah menjadi manusia berguna seperti hari ini. 


Mohon doa ibu agar dapat membantu lebih ramai orang...

Pada akhir perkongsian tersebut, pemuda itu juga telah memohon kepada ibunya agar sentiasa mendoakan kejayaan serta kelancaran rezekinya untuk dapat membantu ahli keluarga serta berkongsi rezeki kepada orang lain. 


Hebat! Dahulukan ibu dari kepentingan sendiri

Sehubungan dengan perkongsian yang sangat menginspirasikan daripada pemuda tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif kepadanya di laman Facebook akaun miliknya.


Bertuah mak cik tersebut mendapat anak yang sangat penyayang dan memberi teladan kepada anak-anak muda di luar sana. Semoga pemuda tersebut sentiasa dimurahkan rezeki selalu disamping ibunya yang tercinta. 




Post a Comment

0 Comments