Kenapa Status 'Permohonan Anda Telah Diterima' KWSP Masih Belum Bertukar LULUS? Ini Jawapan Pihak KWSP...

Semenjak pengeluaran khas wang simpanan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) diumumkan, masih terdapat ramai para ahli serta pemohon yang ternanti-nanti apakah keputusan permohonan yang mereka lakukan itu diLULUSkan ataupun TIDAK.

Hal ini disebabkan masih terdapat ramai para ahli yang telah memohon pengeluaran khas wang simpanan KWSP RM10,000 yang kecewa setelah melakukan semakan status permohonan kerana status permohonan mereka masih lagi terpapar "PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA" dan bukannya "PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN". 

Ikuti segala jawapan daripada pihak KWSP di bawah ini berkaitan permasalahan di atas. Semoga bermanfaat.


Apa maksud "PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA"?

Untuk makluman anda, menurut laman Facebook rasmi KWSP memaklumkan bahawa jika status semakan permohonan anda masih lagi memaparkan "PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA" itu bermaksud bahawa permohonan pengeluaran khas anda telah diterima, disemak dan akan diproses secara berperingkat. 


Kenapa status "PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA" masih belum bertukar warna hijau?

Seperti yang telah diumumkan oleh pihak KWSP, status ini bermaksud bahawa permohonan yang anda lakukan telah 'confirm' diterima oleh pihak KWSP tetapi masih disemak dan diproses secara berperingkat.

Hal ini juga bermaksud bahawa siapa yang melakukan permohonan terlebih dahulu maka permohonan mereka lah yang akan diproses terlebih dahulu. Hal ini juga telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan Malaysia sendiri iaitu Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz. 

Namun begitu, para pemohon kena faham bahawa tidak semua status "PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA" itu akan mendapat status "PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN" kerana semua permohonan yang telah dihantar akan disemak serta diproses secara berperingkat terlebih dahulu bagi memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan menerima manfaat daripada bantuan ini.


Baca Juga: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibayar Secara One-Off Sahaja


Berapa lama perlu tunggu duit masuk bank jika status "PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN"?

Menurut pengunguman daripada laman rasmi Facebook Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul telah menyatakan bahawa tempoh pembayaran bagi semua permohonan yang telah diluluskan akan diawalkan bermula pada 18 April 2022 berbanding sebelum ini yang mana ia dijangka akan mula dibayar pada 20 April 2022. 

Perubahan tarikh ini dilakukan adalah berikutan daripada tuntutan ramai rakyat Malaysia yang menginginkan pembayaran khas KWSP ini diawalkan bagi membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Cara semak status LULUS pengeluaran khas KWSP RM10,000

Berikut adalah merupakan cara semak status LULUS permohonan pengeluaran khas KWSP bagi mereka yang belum bertukar status warna hijau:

  • Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik butang 'Semakan Status'
  • Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
  • Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK
  • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  • Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  • Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/mohonkerjaya
  • Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  • Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS


Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.

Post a Comment

0 Comments