TERKINI : Permohonan Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara "One-Off" Melalui Akaun 1




Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meluluskan pengeluaran wang simpanan KWSP RM10,000 dikala ramai rakyat yang terkesan teruk dari segi ekonomi akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS WANG KWSP RM10,000

Permohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.

Rujuk langkah permohonan berikut:
  1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan pilih MOHON SEKARANG.
  2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENEGLUARAN. Rujuj pada A atau B di sebelah kanan.Tekan TERUSKAN.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
  6. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
  9. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
  10. Selesai!

JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

TARIKH PEMBAYARAN WANG KWSP RM10,000

KWSP dalam satu kenyataan berkata, tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.



CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP TERKINI

Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut:

JUMLAH PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

"Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

"Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak," katanya.



KEPUTUSAN YANG SUKAR DEMI KEPENTINGAN RAKYAT

Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

KERAJAAN DENGAR KELUHAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA

"Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP," katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PENGELUARAN KWSP RM10,000

Berikut adalah merupakan soalan lazim berkaitan pengeluaran KWSP RM10,000 yang anda perlu ketahui sebelum melakukan permohonan bermula 1 April 2022:

Pengeluaran Khas KWSP - klik DI SINI

Post a Comment

0 Comments