iSejahtera : Bantuan RM100 - RM150 Setahun Untuk Rakyat Malaysia 2022




Sistem iSejahtera merupakan sistem yang dibangunakan selaras dengan Hasrat kerajaan negeri untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang dan dapat diakses melalui pautan iSejahtera.

Sistem ini dimulakan dengan Program Penghargaan Warga Emas dan diperluas lagi untuk program-program kebajikan seperti berikut:
  • a) Program Ibu Tunggal
  • b) Program OKU
  • c) Program Anak Emas
  • d) Program Pelajar Emas
  • e) Program Ibu Emas
  • f) Program Bantuan One-off

Sistem ini digunakan oleh orang awam,Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran. Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.



JENIS BANTUAN iSEJAHTERA 2022

Terdapat beberapa jenis program bantuan yang boleh dimohon bagi tahun 2022 iaitu:
  • a) Program Warga Emas
  • b) ProgramBantuanIbuTunggal
  • c) ProgramKemiskinanAES
  • d) Program Bantuan OKU
  • e) Program Anak Emas
  • f) Program Ibu Emas
JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

CARA PENDAFTARAN iSEJAHTERA 2022

Pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh mendaftar secara atas talian (online).

Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my

Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
  • Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

SEMAKAN STATUS

Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

JUMLAH BANTUAN

BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
  • Program Penghargaan Warga Emas : RM150
  • Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
  • Program Ibu Emas : RM100
  • Program Bantuan OKU : RM150

BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF
  • Program Anak Emas : RM200
  • Khairat Kematian : RM1,000

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf

Post a Comment

0 Comments