[TERKINI] : Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara "One-Off" Melalui Akaun 1 - Semak Baki Akaun Anda Sekarang!





PENGELUARAN WANG KWSP RM10K PERLU DIBERIKAN KELULUSAN

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengharapkan pihak kerajaan agar dapat menimbangkan dan memberikan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada rakyat yang masih mempunyai baki simpanan melebihi RM10,000 terutama golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mana ianya masih boleh diluluskan untuk semua rakyat Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebenaran tersebut boleh menjadi pengeluaran KWSP kali terakhir memandangkan ekonomi sudah dibuka dan pandemik makin beransur pulih untuk memasuki fasa endemik.

"Penuhilah permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM10K terutamanya dalam kalangan M40 ke atas untuk mereka memulakan kehidupan baharu pasca pandemik dengan pelbagai komitmen tertunggak yang perlu dilangsaikan.

Pada ahad, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein mendedahkan sebanyak 46 peratus daripada ahli KWSP iaitu seramai 5.9 juta pencarum memiliki baki simpanan kurang RM10,000 setakat 30 September lalu.

CARA SEMAK BAKI KWSP TERKINI

Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut:
  • Login ke i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Pergi ke menu Account
  • Klik pada 'Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya'
  • Klik View Details
  • Maklumat akan dipaparkan seperti di bawah.

Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Mudah bukan?

MOHON PENGELUARAN RM10,000 AKAUN 1 KWSP

"Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.

"Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan berniat untuk menarik populariti semata-mata, sebaliknya atas dasar memahami kesusahan yang dialami rakyat ketika ini.

"Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat," jelas beliau.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan.

DATUK SERI NAJIB BAWA SUARA MAJORITI RAKYAT

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga mengharapkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar dapat membawakan suara majoriti rakyat yang masih mengharapkan pengeluaran i-Citra KWSP dalam Ucapan Perbahasan Bajet 2022 pada Isnin.

"Dulu pada waktu Pemuda UMNO bersama Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara dan memperjuangkan agenda yang sama, alasan serupa juga diberikan Menteri Kewangan pada ketika itu dipegang oleh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan memberikan statistik hampir sama bahawa 46 peratus tidak mempunyai simpanan melebihi RM10,000 dan menjejaskan simpanan hari tua rakyat.

"Namun selepas desakan berterusan akhirnya kerajaan akur jua dan menawarkan i-Sinar dan i-Lestari. Kali ini, jawapan sama masih diberikan oleh Menteri Kewangan sama iaitu Tengku Zafrul walaupun nakhoda kerajaan sudah bertukar.

Post a Comment

5 Comments

  1. Tolong la kami sebagai mana rakyat perlukan duit u tuk kelangsungan hidup....last 10k....fahami rakyat bukan tindas kami.....kamu sebagai menteri yg memilih pun rakyat...

    ReplyDelete
  2. Haram JADDAH pny KERAjaan Malaysia di bawah pimpinan Penguin... Aku doakan ada hambaALLAH yg akn sudi bgi santaw kt dia dan smua ahli keluarga dia dan smua menteri2... Zalim sungguh menindas rakyat jelata dgn kos sara hidup ciptaan mereka... Amin...

    ReplyDelete
  3. Duit kwsp hak pencarum... Bkn yg KERAjaan... Dh la dok mkn duit HARAM, TAK KAN TAK CUKUP LGI KOT... SJ NK SEKSA RAKYAT JELATA... AKU DOAKAN SMUA PEMIMPIN2 KERAjaan MALAYSIA AKN SENTIASA DI SELUBINGI DGN WABAK PENYAKIT DAN MASALAH YG BERTIMPA2 dri ALLAH TAALA...

    ReplyDelete
  4. Ya ALLAH hny kepada Mu aku memohon, ENGKAU HUJANIKAN LAH SEGALA MASALAH DUNIA KE0ADA SMUA PEMIMPIN2 Kerajaan MALAYSIA YG DOK MKN DUIT HARAM, YG MENGZALIMI RAKYAT JELATA, YG MENINDAS RAKYAY JELATA... HANYA ENGKAU shj yg berhak menghukum mereka... Jika ENGKAU tidak mahu kami yg menghukum mereka, ENGKAU shj Yg berhak menghukum mereka... Sesungguhnya kami sebagai rakyat malaysia skrang dh tak sanggup dgn pendeeitaan ciptaan dei mereka, Ya ALLAH...Amin...

    ReplyDelete
  5. Rakyat perlukan tunai sekarang utk melangsaikan hutang Dan juga utk membiaya kehidupan seharian. Inilah masanya, anak2 membesar Dan Kos semakin tinggi. Bokehkan kerajaan melangsaikan hutang rakyat supaya rakyat tidak terbeban dengan kadar faedah pinjanan yg semakin terkumpul ?
    Fikirkankanlah. Rakyat cuma Minta pengeluaran simpanan mereka.

    ReplyDelete