Semakan Online
Perdana Menteri Umum RM1,000 Bantuan Kanak-Kanak Bagi Tahun 2022 Seluruh Malaysia
PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK 2022
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
CARA MEMOHON BANTUAN KANAK-KANAK 2022
Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2021 :-
Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan
- Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik pada butang "Daftar Permohonan Atas Talian"
- Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
- Kemudian, klik pada butang "KEPUTUSAN"
1. Pergi ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
2. Bawa dokumen ini bersama anda:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
- Borang permohonan bantuan - KLIK SINI
- Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu - KLIK SINI
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
Post a Comment
0 Comments