Semakan Online
RASMI : Bantuan Kewangan RM800 Untuk Semua Rakyat Malaysia Bermula Februari 2022
Tahukah anda bahawa program SIP GIG PERKESO kini telah pun dibuka bermula pada 17 Januari 2022.
Untuk pengetahuan anda, insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
Sila ikuti segala maklumat lengkap yang telah disediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan permohonan anda sekarang.
APA ITU SIP GIG PERKESO?
SIP GIG PERKESO adalah merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
OBJEKTIF SIP GIG PERKESO
- Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
- Menggalakkan para pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMOHON
- Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
- Individu / graduan yang yang menganggur melebihi 60 hari.
- Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
- Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
TARIKH PERMOHONAN
- Permohonan program SIP GIG PERKESO akan dibuka bermula 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.
CARA MEMOHON
Berikut adalah merupakan cara memohon program SIP GIG PERKESO 2022:
- Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari https://matrix.perkeso.gov.my/
- Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.
- Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
- Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info lanjut, sila layari www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my
Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di https://eaduansip.perkeso.gov.my/
Post a Comment
0 Comments