Kerajaan Umum Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 3 Bulan Bermula Januari 2022
Majikan yang mengalami penurunan pendapatan 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan layak untuk memohon subsidi upah.
SIP Subsidi Upah bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.
PSU adalah merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.
Tujuannya adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi serta penutupan operasi semasa PKP agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Program ini ditambahbaik dengan tiada penetapan had gaji pada PSU 4.0 dan dikekalkan di bawah PSU 5.0 namun terhad kepada 500 pekerja setiap permohonan.
Majikan juga perlu memasukkan maklumat Subsidi Upah dalam slip gaji pekerja atau memberi notis secara bertulis kepada pekerja berkenaan berkaitan subsidi upah yang diterima untuk membayar gaji pekerja.
- Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan).
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No Akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan.
- Akaun pengisytiharan PSU 5.0
Post a Comment
0 Comments