MGID ads

BKM 2022: Cara Permohonan & Tarikh Bantuan Disalurkan




Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya dalam Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan secara rasmi melalui laman web rasmi Bajet 2022.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon layak menerima BKM ini sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

1. Isi Rumah
  • Berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

3. Bujang
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun dan;
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. 

Rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:


KADAR BAYARAN BANTUAN BKM YANG DITERIMA MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bantuan yang akan diterima adalah maksimum sebanyak RM2,000. Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori: 
  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600 
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350

*Pendapatan Bulanan


CARA PERMOHONAN

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.
 
TEMPOH SEMAKAN STATUS & KEMASKINI BKM 2022

Untuk makluman anda, tempoh bagi semakan status & kemaskini atau permohonan baharu BKM 2022 adalah bermula pada 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 bulan).

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Untuk mengemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:
  • Buka laman web rasmi BKM melalui pautan berikut - klik DI SINI
  • Klik log masuk
  • Setelah berjaya log masuk, klik kemaskini permohonan
  • Masukkan No.MyKad dan klik semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  • Klik teruskan
  • Isi kod Captcha dan klik sahkan Captchanya 
  • Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
  • Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang cetak untuk simpan rekod permohonan. 

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. 

Tarikh pembayaran pertama dijangka akan bermula pada bulan Mac 2022

Post a Comment

0 Comments