[TERKINI]: Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara "One-Off" Melalui Akaun 1




KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyeru pihak kerajaan agar menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perkara itu adalah amat dituntut oleh majoriti rakyat Malaysia pada ketika ini berikutan terkesan dengan pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita.

BANTUAN KHAS COVID-19

"Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kepada kerajaan agar benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut baik cadangan saya dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin."

MOHON PENGELUARAN RM10,000 AKAUN 1 KWSP

"Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.

"Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan berniat untuk menarik populariti semata-mata, sebaliknya atas dasar memahami kesusahan yang dialami rakyat ketika ini.

"Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat," jelas beliau.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan.


PERBINCANGAN PERDANA MENTERI BERSAMA MENTERI KEWANGAN

Ini adalah merupakan berita baik bagi rakyat kerana menurut sumber daripada Ketua Pemuda UMNO iaitu Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan bahawa isu pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 bakal dibincang dan diperhalusi oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Beliau turut menyatakan bahawa perkara tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO. 

INTIPATI PERKARA YANG DIBINCANGKAN

Berikut adalah merupakan perkara yang dibincangkan di antara Ketua Pemuda UMNO dan Perdana Menteri.

Asyraf berkata, beliau menjelaskan isu berkenaan kepada Ismail mengenai situasi orang ramai yang kini berada dalam keadaan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan selepas:
  • Dibuang kerja,
  • Pemotongan gaji,
  • Cuti tanpa gaji serta;
  • Hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.
Asyraf turut menjelaskan bahawa pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau turut mencadadngkan agar pengeluaran diberi pilihan kepada golongan yang lebih memerlukan.

Menurut Asyraf, Perdana Menteri turut menyatakan kepada dia yang Perdana Menteri akan berbincang dan membawa perkara ini keapada Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan.

Post a Comment

0 Comments