KWSP Umum Bantuan Berjumlah RM250 Untuk Semua Rakyat Malaysia Tahun 2022




Tahukah anda? Individu yang berkerja sendiri serta suri rumah yang tidak bekerja boleh mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk simpanan di hari tua nanti.

Mencarum dengan KWSP mempunyai lebih banyak manfaat kerana duit yang terkumpul boleh digunakan selepas berumur 50, 55 ataupun 60 tahun lebih-lebih lagi sekarang dividen yang diberikan setiap tahun adalah tinggi.

MANFAAT i-SARAAN KWSP

Berikut adalah manfaat yang diberikan kepada yang mencarum i-Saraan KWSP:
  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang daripada 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan kematian sebanyak RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)

SIAPA YANG BOLEH MEMOHON i-SARAAN KWSP?

Berikut adalah mereka yang boleh memohon i-Saraan KWSP:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

SENARAI GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI

Berikut adalah golongan yang dikategorikan sebagai bekerja sendiri:
  • Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
  • Pengasuh bayi
  • Ejen insurans dan hartanah
  • Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan, deejay)
  • Pemilik perniagaan dalam talian
  • Pemilik perniagaan
  • Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  • Suri rumah
  • Pekerja berpencen

CARA MEMBUAT PERMOHONAN i-SARAAN KWSP

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan i-Saraan KWSP. Bawa dokumen berikut ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan: 
  • Kad Pengenalan
  • Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja) KLIK SINI
  • Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran) KLIK SINI
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran - tiada had
  • Maksimum pembayaran - RM60,000 setahun untuk semua pencarum

CARA & SALURAN PEMBAYARAN

Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:

Perbankan Elektronik
  • MBSB Bank
  • MAYBANK (M2u)
  • RHB BANK
  • PUBLIC BANK
  • Bank Muamalat
  • Alliance Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Islam
  • Cimb Bank

Kaunter Ejen Bank
  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB

*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.

Ejen Bank Berdaftar
  • Ejen Bank (EB) BSN

Kaunter KWSP

  • Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, anda boleh menghubungi KWSP di

Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi: Isnin - Jumaat (8:00 Pagi - 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor


Post a Comment

0 Comments