KWSP Sedia RM10 Juta Untuk Bantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan


BANTUAN RM10 JUTA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi tujuan membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas selaras dengan pengunguman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 


KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa bantuan ini akan disalurkan melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak balas terhadap bencana dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN). 


KWSP SEDIA 152 BILIK DENGAN KEMUDAHAN PENUH

"Sebagai tambahan kepada komitmen kewangan, pihak KWSP akan menawarkan penggunaan Kampus Pembelajaran KWSP di Bangi, yang menyediakan 152 bilik dengan kemudahan penuh, kepada mereka yang telah dipindahkan berikutan banjir serta perkhidmatan kecemasan yang telah bertindak balas terhadap krisis ini. 


DANA PROGRAM KONGSI REZEKI KWSP

"Sebagai tanda sokongan dan solidariti, warga KWSP juga sedang mengumpul dana melalui Program Kongsi Rezeki KWSP bagi membantu mangsa banjir, selain menggerakkan sumber di cawangan KWSP di seluruh negara untuk memastikan kesinambungan perniagaan di kawasan yang terjejas", katanya.


Sumber: BERNAMA

Post a Comment

0 Comments