KWSP Pertimbang Semula Pengeluaran Wang RM10,000 Secara "One-Off" Melalui Akaun 1
KWSP PERTIMBANG SEMULA PENGELUARAN KWSP RM10K
KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mengulangi desakan agar Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mempertimbangkan semula pengeluaran kali terakhir Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sekaligus melalui skim i-Citra.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sikap berlengah-lengah dalam memenuhi tuntutan rakyat itu hanya menampakkan Tengku Zafrul mengulangi kegagalan Perikatan Nasional (PN) dalam pentadbiran Keluarga Malaysia ketika ini.
“Ramai pakar ekonomi mengkritik prestasi 100 hari, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul yang hakikatnya antara personaliti yang dikekalkan daripada Kerajaan PN yang lepas.HARAPAN TINGGI RAKYAT PADA KWSP RM10K
“Rata-rata rakyat marhaen pula masih meletakkan harapan tinggi agar Menteri Kewangan dapat mendengar keluhan mereka untuk dilululuskan pengeluaran kali terakhir KWSP i-Citra RM10,000.
“Ini demi kelangsungan hidup mereka untuk memulakan penghidupan baharu pasca pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
RAKYAT TUNTUT PENGELUARAN KWSP RM10K DILULUSKAN
Ketika membahaskan Bajet 2022, Najib berkata, peningkatan had tersebut adalah sebagai skim pengeluaran khas terakhir memandangkan ia amat dituntut oleh rakyat kerana keperluan yang mendesak akibat pandemik Covid-19.
“Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak turut menyuarakan dalam Parlimen termasuk solusi untuk menampung kembali simpanan yang dikeluarkan pencarum.
“Harap Tengku Zafrul dapat pertimbangkan dengan serius #TuntutanRakyat dalam isu KWSP ini.
“Bagaimana rakyat menilai prestasi Menteri Kewangan ini selepas masuk 100 hari,” katanya lagi.
Ini menyebabkan ramai rakyat yang masih tercicir sedangkan mereka juga telah jatuh ke dalam kategori susah dan terdesak terutamanya golongan M40.
Justeru, demi kelangsungan hidup sekarang, membenarkan pengeluaran caruman daripada KWSP pasti akan melegakan ramai yang memang hakikatnya sudah sampai ke peringkat terdesak.
CADANGAN KEPADA PIHAK KWSP
Oleh sebab itu, Pemuda UMNO turut mengemukakan cadangan untuk tangani isu bagi menampung kembali kelompongan simpanan KWSP akibat pengeluaran musim kecemasan.
Antaranya meningkatkan kadar caruman wajib majikan untuk tempoh tertentu dan memperluaskan caruman ‘mandatory coverage’ termasuk kepada sektor informal seperti gig ekonomi, ujar Asyraf.
Post a Comment
0 Comments