Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk Keluarga B40 2022 ~ GAJI Bawah RM2,500 Layak Memohon





Berita baik bagi keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia.

Untuk makluman, nilai bantuan ini lebih banyak berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.

Kami kongsikan kepada anda syarat untuk memohon bantuan ini.

JUMLAH BANTUAN BKM ISI RUMAH

Melalui pembentangan Belanjawan 2022 baru-baru ini, bantuan akan diberikan berdasarkan kepada empat kategori seperti berikut:

Isi rumah RM2,500 dan ke bawah:
  • RM2,000 : Lebih 3 orang anak
  • RM1,500 : 1-2 orang anak
  • RM1,000 : Tiada anak

Isi rumah RM2,500 - RM5,000:
  • RM800 : Lebih 3 orang anak
  • RM600 : 1-2 orang anak
  • RM400 : Tiada anak

Tambahan kadar isi rumah:
  • RM300 : Warga emas
  • RM500 : Ibu/bapa tunggal dengan tanggungan

SYARAT KELAYAKAN
  • Sudah berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

CARA MEMOHON

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM bagi tujuan semakan kelayakan.

TARIKH PEMBAYARAN

Untuk makluman, setakat ini masih belum ada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Kami akan kongsikan maklumat pembayaran dari semasa ke semasa.

TARIKH PERMOHONAN / KEMASKINI BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dilakukan bermula 01 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkaitan pembentangan bajet 2022 boleh dilayari di laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Post a Comment

0 Comments