BKC Fasa 3: Tarikh Pembayaran & Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima





Umum mengetahui bahawa kerajaan telah menyatakan bahawa pembayaran BKC akan dilakukan secara berfasa. Untuk pengetahuan anda, bayaran BKC bagi Fasa 1 telah bermula pada 06 September yang lalu dan bayaran BKC bagi Fasa 2 pula telah bermula pada 25 November 2021.

Pembayaran seterusnya iaitu BKC Fasa 3 akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan tarikh dan jumlah bayaran yang bakal diterima melalui BKC Fasa 3 ini, sila rujuk maklumat lengkap yang telah disediakan di bawah ini.

JUMLAH BAYARAN BKC FASA 3

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran bagi bantuan BKC Fasa 3 yang akan diterima kepada setiap kategori:
  • B40 : RM300
  • Miskin Tegar : RM300

Sila rujuk jadual penuh bagi setiap kategori penerima di bawah:



TARIKH BAYARAN BKC FASA 3

Untuk makluman, pembayaran BKC Fasa 3 akan dilakukan secara berfasa sebanyak 3 kali. Bagi fasa 3, bayaran akan dibuat bermula pada Disember 2021 (akan dikemaskini dari semasa ke semasa).



SEMAKAN STATUS BKC FASA 3

Orang awam boleh melakukan semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid -19 Fasa 3 melalui dua cara iaitu:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau hubungi hotline BKC di talian 1800-88-2747 atau talian khas BKC - klik DI SINI

Untuk berurusan di kaunter LHDNM, sila rujuk pada pautan https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji Temu Online.



Post a Comment

0 Comments