Beri Kebenaran Pengeluaran KWSP RM10,000 Kali Terakhir


PENGELUARAN WANG KWSP RM10K PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMULA

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengharapkan pihak kerajaan agar dapat menimbangkan dan memberikan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada rakyat yang masih mempunyai baki simpanan melebihi RM10,000 terutama golongan berpendapatan sederhana (M40). 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebenaran tersebut boleh menjadi pengeluaran KWSP kali terakhir memandangkan ekonomi sudah dibuka dan pandemik makin beransur pulih untuk memasuki fasa endemik. 

"Penuhilah permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM10K terutamanya dalam kalangan M40 ke atas untuk mereka memulakan kehidupan baharu pasca pandemik dengan pelbagai komitmen tertunggak yang perlu dilangsaikan. 

Pada ahad, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein mendedahkan sebanyak 46 peratus daripada ahli KWSP iaitu seramai 5.9 juta pencarum memiliki baki simpanan kurang RM10,000 setakat 30 September lalu. 

CARA SEMAK BAKI KWSP TERKINI

Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut:

  1. Login ke i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pergi ke menu Account
  3. Klik pada 'Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya'
  4. Klik View Details
  5. Maklumat akan dipaparkan seperti di bawah.

Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Mudah bukan? 

DATUK SERI NAJIB BAWA SUARA MAJORITI RAKYAT

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga mengharapkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar dapat membawakan suara majoriti rakyat yang masih mengharapkan pengeluaran i-Citra KWSP dalam Ucapan Perbahasan Bajet 2022 pada Isnin. 

"Dulu pada waktu Pemuda UMNO bersama Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara dan memperjuangkan agenda yang sama, alasan serupa juga diberikan Menteri Kewangan pada ketika itu dipegang oleh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan memberikan statistik hampir sama bahawa 46 peratus tidak mempunyai simpanan melebihi RM10,000 dan menjejaskan simpanan hari tua rakyat. 

"Namun selepas desakan berterusan akhirnya kerajaan akur jua dan menawarkan i-Sinar dan i-Lestari. Kali ini, jawapan sama masih diberikan oleh Menteri Kewangan sama iaitu Tengku Zafrul walaupun nakhoda kerajaan sudah bertukar. 


Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments