Semakan Online
BPK: Bantuan RM300 Untuk B40 Bermula November 2021
Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.
Program ini adalah bagi bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas teruk akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk pengetahuan anda, melalui program ini pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.
PROGRAM PRIHATIN KASIH
Untuk makluman, program PRIHATIN Kasih adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.
Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad mereka yang mana ia boleh digunakan bagi tujuan membeli barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.
LOKASI PEMBELIAN
Bagi pengetahuan anda, para penerima boleh membeli barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:
- Giant
- Mydin
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Kedai-kedai runcit yang terpilih
BULAN PELAKSANAAN
- Julai - September 2021: Selangor & Kuala Lumpur
- Ogos - Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
- September - November 2021 / Oktober - Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak
SEMAKAN KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan semakan kelayakan bagi Bantuan Prihatin Kasih:
- Sila buka laman web MyKasih
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha
- Tekan butang "Semak Status"
- Keputusan kelayakan akan dipaparkan
- Para penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
- Para penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh KLIK SINI
Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh KLIK SINI
Post a Comment
0 Comments