Semakan Online
Bantuan RM400 Untuk Golongan B40

Berita baik buat warga Terengganu kerana pihak kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas di kalangan B40 dan sebahagian M40 yang akan memberi manfaat kepada 115,000 penerima.
Bantuan ini diberikan agar dapat menyokong kewangan ketika meraikan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.
Untuk makluman, bantuan ini telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan "Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua" pada Mensyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2022.
KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN
Berikut dikongsikan kepada anda jumlah bantuan yang akan diberikan:
- Golongan B40: RM400
- Golongan M40: RM250
CARA MEMOHON
Setakat ini tiada lagi maklumat terperinci mengenai cara untuk melakukan permohonan. Sekiranya terdapat pengunguman berkaitan cara memohon, pihak kami akan melakukan kemaskini terkini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut berkaitan bantuan ini boleh di rujuk DI SINI
Post a Comment
0 Comments