MGID ads

BKP RM500: Cara Memohon & Semakan Status Bantuan 2021



Terkini, pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan akan menyalurkan bantuan RM500 melalui insentif Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) bermula pada hari ini iaitu 26 Oktober 2021. 


Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa bantuan ini akan diberikan secara one-off berjumlah sebanyak RM500 kepada mereka yang layak.

 

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021. Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

SEMAKAN BKP ONLINE

Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan BKP secara online: 
  • Semakan status kelulusan BKP secara online boleh dilakukan bermula pada 26 Oktober 2021 melalui laman rasmi BKP di https://bkp.hasil.gov.my/ 

Untuk maklumat lanjut, para penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. 

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” ujar Perdana Menteri.

TARIKH PEMBAYARAN BKP 2021

Untuk makluman, tarikh pembayaran bagi BKP 2021 akan mula disalurkan bermula pada: 
  • 26 Oktober 2021


BAGAIMANA CARA MEMOHON?

Untuk makluman, tiada permohonan dibuka. Ianya insentif yang dibayar secara automatik kepada yang layak berdasarkan data KWSP dan PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, sila rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ atau https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/

Post a Comment

0 Comments