BKC Fasa 2: Semakan Status & Cara Kemaskini Permohonan
Makluman penting bagi para penerima Bantuan Khas Covid (BKC), kini anda boleh membuat kemaskini akaun bank bagi mereka yang berstatus gagal kredit dan tiada maklumat akaun bank untuk memudahkan proses pembayaran pada fasa seterusnya.
Untuk makluman anda semua, perkara ini telah pun dimaklumkan melalui laman sosial rasmi Facebook LHDN.
TARIKH KEMASKINI
Untuk pengetahuan, pengemaskinian akaun telah mula dibuka pada 07 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021 ini.
SIAPA YANG PERLU MELAKUKAN KEMASKINI?
Golongan yang perlu melakukan kemaskini maklumat BKC adalah mereka yang berstatus:
- Status gagal kredit.
- Tiada maklumat akaun bank.
- Sila buka laman web BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Sila rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.
- Buka laman web BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Sila log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk melakukan kemaskini.
Post a Comment
0 Comments