Semakan Rayuan BPR & Jumlah Bayaran Yang Diterima Bermula Ogos 2021


Bagi anda yang gagal untuk menerima BPR Fasa 2 dan telah membuat rayuan permohonan pada 15 hingga 30 Jun yang lalu, kini anda boleh semak status rayuan bermula Ogos 2021.


Semakan Status Rayuan BPR 

Setakat ini tiada tarikh tertentu untuk menyemak status rayuan, namun berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan, semakan akan dibuka pada OGOS 2021.

Sama-sama kita nantikan tarikh untuk membuat semakan dan kami dari Salam Kerjaya akan memberi info dari semasa ke semasa.


Cara Membuat Semakan Status Rayuan

Layari laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/

Masuk ke Menu MyBPR dan klik pada Maklumat Rayuan


Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Pemohon yang lulus rayuan akan menerima BPR pada

Ogos 2021

  1. BPR Fasa 2: RM400
  2. BPR Tambahan: RM500

September 2021

  1. BPR Fasa 3: RM500 atau RM1100

Sila rujuk pada jadual bayaran di bawah:


Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan rayuan BPR:

  1. Anda boleh rujuk FAQ Rayuan BPR: KLIK SINI
  2. Layari laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ 
  3. Menghubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747  
  4. MoF di talian 03-8882 4565 / 4566 
  5. Anda juga boleh hadir sendiri ke cawangan LHDNM.

Post a Comment

0 Comments